Mineral utama (saranan pengambilan makanan atau RDA melebihi 200mg harian) yang memainkan peranan penting dalam fungsi fisiologi manusia ialah kalsium, klorin, magnesium, fosforus, kalium, natrium dan sulfur. Manakala mineral surih (RDA kurang daripada 200mg harian) yang diperlukan oleh tubuh ialah kromium, kobalt, kuprum, fluorin, iodin, ferum, mangan, molibdenum,selenium dan zink.
Walaupun iodin tergolong sebagai mineral surih, ia boleh dianggap sebagai mineral utama kerana tubuh kita memerlukan pengambilan iodin yang lebih tinggi. Secara amnya, walaupun tubuh kita memerlukan jumlah natrium yang lebih tinggi, ia tidak tergolong sebagai suplemen nutrien kerana pengambilan dietari kita biasanya mengandungi kandungan natrium yang memadai ataupun berlebihan. Terdapat banyak penyelidikan yang membuktikan bahawa manusia memperoleh manfaat daripada suplemen minaral. Mineral dan vitamin mempunyai hubungan saling bersandaran dan bekerjasama secara sinergestik serta memerlukan kehadiran satu sama lain untuk memperoleh manfaat yang penuh.
Punca-punca mineral:
Kalsium : produk tenusu dan sayur-sayuran berdaun hijau
Magnesium : kekacang, kacang soya, koko
Natrium : garam boleh makan (punca utama - natrium klorida), susu, bayam
Kalium : kekacang, bijirin, pisang
Klorin : garam boleh makan (punca utama)
Sulfur : daging, telur, kekacang
Ferum : daging merah, sayur-sayuran berdaun (terutamanya bayam)uh.
Seabuckthorn padat dengan mineral seperti ferum, zink, kalsium, magnesium, iodin, kalium, dan sebagainya. Contohnya, peranan utama kalium adalah untuk mengekalkan imbangan asid-bes (pH), mengambil bahagian dalam metabolisme tenaga dan mengekalkan fungsi normal otot. Oleh itu, pemakanan yang seimbang dengan pengambilan nutrien yang mencukupi dapat mengekalkan fungsi fisiologi dan metabolisme tubuh yang normal, justeru meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.
Lawati juga laman :
Hubungi Ahmad untuk maklumat lebih lanjut di sihat.sne@gmail.com atau 018-2588569.